 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
muhammad khaleef aisy's FotoPage
By: mummy and papa khaleef
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 24-Jan-2009 14:18 |
Email | Share | Bookmark |
|
KhALeeF daH 2 Tahun 5 Bulan
|
|
Lama giler aku tak hapdet pasal perkembangan fizikal, mental dan kelakuan anak bujang aku sorang ni. Tup-tup dia dah nak masuk 3 tahun u olssssss... patut dah tu klu nak dapat adik kan.. kan B kan...
~ Berat terkini dia adalah 13kg. Berat ini bersamaan masa dia umur 1 tahun lebey dulu. Paling berat pernah dicapai adalah 15kg. Lepas tu makin turun dan turun.
~ Tinggi lak lebih kurang 85cm. Agak tinggi gak si Khaleef ni.. Mgkn tak renek cam papa dia kot.
~ Sangat pandai berlakon.. kadang2 bila tgk dia berlakon jadi mat rempit ngn kuda roda dia tu, cam nak pecah perut gelak. Berlakon ala-ala mat despatch anta barang. Ambik toys, bawak naik kuda.. siap rem.. rem.. rem.. dah smpi kat meja makan, letak. Pastu ada laa dia cakap sorang2 yg dia je paham. Paling lawak, dia berlakon lupa tutup kunci motor.. dah jalan jauh, tiba2 patah balik kat kuda dia tu "YUPPA PLAK" (lupa pulak) smbl tgn konon2 matikan enjin moto.
~ skang ni boleh suruh dia ambik 3 benda sekaligus. Cth, "ambikkan mummy pampers, towel ngn suar". Tapi ada syaratnya.. ngko kena ulang sebanyak 7-8 kali. Sbb kali pertama sampai ketiga dia akan cakap "ANNTIIIIII" meaning NANTI. Pastu cakap lagi empat smpi enam kali "AYEEP JAP" meaning SEKEJAP.
~ Dia tau bila dia wat salah. Tak payah mummy nak jerit2, dia datang peluk kaki "MAMI SUUUYIIIIII" mintak sorry ler tu. Kalau ngn papa dia ada tambahan ayat lagi.."Papa Suyiiii... Angan Utan" Papa Sorry, Jangan Rotan . Padahal seumur hidup dia, rasanya baru 2 kali kot papa berkasar. Jangan dengan mami dia.. hari2 wajib kena punya
~ masih pelat tahap gaban..kalau dia cakap sepotong ayat, 2-3 perkataan pertama sahaja yang boleh difahami. Yang seterusnya... Wallahhualam.
~ Air liur masih meleleh.. dah cam2 usaha buat tapi lansung tak berhasil. Curi garam dah bape kedai dok curi.. bagi ayam makan roti... wat balik air soya yg kempunan tu.. sumer tak jalan. Kalau smpi 3 tahun tak benti gak, nak bawak speacialist.. mana tau dia ada masalah AIR LIUR DISORDER
~ Masih pakai diapers dan hisap pacifier. Frankly said, aku tak kisah pun. Walaupun ramai orang sibuk suh bentikan dia puting tu. Lagi meluat tengok kalau dok isap jari ngn tangan. Pastu mula laa air liur dia meleleh tahap dewa punya banyak. Kalau pakai pacifier... leh terima laa takat keliling kolar baju tu je basah.
~ Dah mereti SERIK. Kadang2 bila kesabaran mami dah abih.. siap laa budak Khaleef ni. Tapi selalunya selepas tu mmg dia serik laa. Paling dahsyat mami pernah buat ialah menarik kedua-dua belah telinga mamat ni dan masukkan dia dalam bilik air gelap. Atas alasan dia telah MENYEPAK KEPALA mami yang sedang baca buku. Ni cerita 3 bulan yang lalu dan dia masih serik smpi skang nak sepak2 kecuali time main bola.
~ Kiraan - makin lama makin teruk. Dulu-dulu ada gak Satu..Tiga...Pat.. Yima... Nam... Milan.. Moloh.
Skang ni tinggal... SATU... LIMA... MILAN... SATU... LIMA... MILAN
~ Dia suka nyanyi lagu Ba Ba Black Sheep & Bangun Pagi Gosok Gigi
~ Kartun kegemaran - Little Einstein.. Tepuk.. Tepuk.. Tepuk... LANCARKAN !!!!! selalunya Khaleef akan mula tgk PDC pada pukul 7.00 malam. Start ngn Pocoyo... World World... Dibo.. Mickey Mouse.. Little Einstein... Handy Manny.. Pastu kul 10-11 stop kejap mami nak tgk citer lain smpi abih sinetron Intan.. Then kul 12.00 am smbg tgk Elmo's World dan diakhiri dengan Barney pada pukul 1.00 pagi. Pastu baru leh tido.
~ Sangat-sangat manja ngn mummy.. harus laa tukan. Dah papa dia dok jauh. Tapi seboleh mungkin aku akan sekerap yang dapat bawa Khaleef gi jumpa papa dia. Takpe laa berkorban tiap2 mgu naik keretapi.. naik bas.. asalkan Khaleef dapat spend more time ngn Papa dia. Setakat ni ada perubahan sejak 4 minggu berturut ni aku ke Mambang. Dia jadi lebih baik dan kurang cari pasal.
Apa-apa pun, mummy sangat berharap tahun depan 2010 Khaleef dah ready untuk ke sekolah. Dah laa dok sini tak bercampur gaul ngn sapa2 terperap je dalam umah. Harap2 dengan bersekolah awal dia boleh laa bersosial campur ngn orang ramai dan tak laa bersikap SANGAT SELFISH seperti sekarang.Amiiiinnnnnn
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|