Want your
own Fotopage?








 
muhammad khaleef aisy's FotoPage

By: mummy and papa khaleef

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Thursday, 2-Aug-2007 04:28 Email | Share | | Bookmark
yayep batuk & selsema

hari pertama demam
hari ke-7 dah batuk & selsema
memanjat, melasak camtu gak wpun tak sihat
View all 5 photos...
Mula2 khamis lepas yayep demam.. panas sangat2 sampai kena masuk ubat ikut bontot. Ahad nmpk cam dah lega, bawak ler g makan kenduri. Malam tu tiba2 batuk & selsema pulak. Ikutkan lama dah yayep tak selsema.. last masa umur dia 3 bulan. Batuk mmg tak pernah kena seumur hidup.

Setakat hari ni dah pergi 1 med. cen. 1 klinik kanak-kanak. 1 klinik swasta biasa. 1 klinik kerajaan. Ubat2 dia dah 12 botol... tapi tak gak sembuh. Malam2 tido tak nyenyak, hidung tersumbat. Siang lak, asal lepa je.. makan hingus panjang lidah menjilat hingus lemak masin berkrim



hai cian yayep...(kenal yayep ikut cari)
zal..ko letak jer air kunyit idup kat idung yayep ni...insyaalah ok. aku dah try kat hakim..now 10 mos..
Fri 3-Aug-2007 09:00
Posted by:acik cikin
ciannyer khaleef deman...nanti cepat sihat ye.....comelnya khaleef senyum nampak gigi 4 batang Tue 14-Aug-2007 05:51
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
U've been tagged Tue 28-Aug-2007 00:59
Posted by:IbuYasmin&Danish  - [Link]
Add comment


Tuesday, 17-Jul-2007 02:06 Email | Share | | Bookmark
Yayep In Action...

ON YOUR MARK !!

GET SET !!!!

GO !!!

jatuh laa pulak

Melalak !! cover malu

nyuruk belakang bantal busuk

cianyer kenapa nangis....jatuh ye....nanti lepas mesti cepat pandai jalan ye...tak sabar aunty nak tgk khaleef pandai jalan Tue 17-Jul-2007 05:50
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 06:11 Email | Share | | Bookmark
KhALEeF dan 10 bulan



Sekejap tul masa berlalu... tak lama lagi genap ler setahun si baby khaleef ni.

~ masih tak boleh panggil MUMMY tapi PAPA dah cekap sesangat2nya
~ nak bangun berdiri pun dah tak payah nak pegang apa2.. tongget je bontot terus bangun
~ tiba-tiba malam tido nak kena sumbat pacifier pulak.. eee meluat je mummy tengok
~ lagu peberet bulan ini.. one and two, two and three, three and one, one and two, I LOVE U

kejapnya sayang aunty masuk 10 bulan..... Thu 28-Jun-2007 09:39
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Happy 10 mons Khaleef..Sorry lama x visit cni coz auntie cbuk tahap gaban..huhuhuhu Thu 12-Jul-2007 10:50
Posted by:watie~mummy hani & ichlas  - [Link]
Add comment


Tuesday, 19-Jun-2007 04:52 Email | Share | | Bookmark
hepi besday yaya.....

besday sara kali ni mmg sederhana giler.. dia pun cam takde mood nak sambut besday.. sara dah tau yang atuk dia takde kat umah. ada kat kubur. pagi-pagi pergi kubur ngn mak dia, mesti sapa dulu "Atuk..." pastu sebelum balik "bye-bye atuk..."



Yayep lak dah pandai berdiri.. cuma tak reti nak balanca badan utk jalan lagi.. ada gak dia cuba-cuba angkat kaki.. tapi konpem laaa jatuh tersembam ke depan




yayep pagi tadi pas mandi

Care to comment?


Tuesday, 12-Jun-2007 02:29 Email | Share | | Bookmark
ATUK KHALEEF DAH TAKDE


Cam tak percaya je tiba2 abah dah takde.. 4 april 2007, dua bulan pas abah balik mekah... abah mula tak sihat. selalu je mengah-mengah. So, bawak g klinik. Pas x-ray, Dr bg surat suh rujuk speacialist kat KBMC. Aku bawa abah pergi sana. Abah kena paru-paru berair. Ujian darah lak tunjuk abah takde cancer @ tibi. Alhamdullillah. Tapi abah takut nak masuk hospital, jadi bawa balik rumah. pas2 tu, 2 kali lagi g KBMC tapi abah still takmo masuk spital.

Seminggu pastu, tiba2 abah sesak nafas kat rumah. Terus anta g klinik, pastu terus anta emergency kat hosp. KKB. Masuk je emergency, terus Dr Tebuk paru-paru abah kuarkan air. 17 hari abah duduk Hosp. KKB.

Pastu mama call kata Dr nak pindahkan abah ke IPR KL sbb air dalam paru-paru takmo stop. Kat KL abah duduk 4 hari je. Pastu Dr suh balik rumah. Abah happy giler igtkan sakit dia dah sembuh. Pastu dapat balik rumah. Tapi Dr ada bagi tarikh utk check up.

Pi check up, sekali lagi abah kena tahan kat IPR sebab paru-paru dipenuhi air semula. Kali ni duduk 9 hari. Hari yang ke-7, Dr sahkan abah kena kanser paru-paru stage III. DR bagi option kimoterapi 30% chances. tapi mama & abah sepakat tolak treatment. So, Dr bagi abah balik rumah.

Kat rumah, balik kali ni abah dah bisu. Suara lansung takde. Peti suara dah kena kuman sbb banyak sangat kahak. Still abah mengah dan batuk2 lebih2 lagi bila minum. Kat umah, kami banyak berusaha berubat cara kampung & cara Islam pulak.

Isnin, 28 Mei 2007.. aku kebetulan cuti. Mama call ajak bawak abah g jumpa Dr Herbapathy kat Bukit Kemuning Shah Alam. Masa tu nmpk abah cam dah tak larat sangat-sangat. On d way, tiba2 nurse dari IPR call suh anta abah masuk hospital ASAP sbb depa dapat kesan TIBI dari air paru-paru abah.

Selasa, 29 Mei 2007.. aku anta lak abah g IPR. Kul 9 pagi kami dah siap.. tapi abah wat tak tau je baring atas katil. Sampai kul 12, mama suh abah siap. Tapi abah cakap "Biarlah abah mati kat rumah je". Mama dengar terus nangis.. abah sedih terus setuju g IPR.

Sampai IPR, abah terus masuk emergency ambik oksigen. Dalam kul 4.00 ptg, dah dapat wad. Kali ni masuk wad Tibi. Hantar abah kali ni, hati dah tak sedap. Masa kat dalam wad, abah asyik pegang tangan aku dan picit2. Pastu masa nak balik, salam abah. Abah pegang lengan aku.. aku terus cium abah. 1st time cium abah sejak abah sakit.

Balik rumah, 2-3 hari pastu aku citer la mende ni kat laki aku.. kata yang abah masuk kali ni nampak lain macam. Tapi laki aku suh jangan berburuk sangka.

2 Jun 2007, aku balik kampung ngn awin sebab ada sepupu kahwin. Kebetulan mama lak suh ambik lagi air penawar dari atuk. Pagi tu telefon mama cakap abah OK. Petang tu awin ngn wan lak telefon mama cakap abah nmpk ceria dan sihat wpun dah makan melalui tiub.

3 Jun 2007 jam 10.00 pagi. On d way g pasar tiba2 mama call sambil nangis cakap abah dah tenat. Terus patah balik ambik awin balik ke Tg Malim. Yayep pun jadi good boy.. dalam kereta tido tak buat hal. Dalam perjalanan tu kejap2 sepupu call, jap2 adik aku call suh cepat. Dalam hati dah berdebar2.

kul 2.00 pm sampai hospital. Masa tu semua adik beradik abah dan wan dah ada kat spital. Abah mmg tenat sangat dah masa tu. Tapi alhamdullilah abah masih kenal aku dan yang lain-lain. Abah siap angkat tangan suh berhenti menangis.

Aku terus baca yassin.. mohon kat tuhan semoga dipermudahkan kalau DIA mahu mengambil ayahku. rasanya tak sanggup tengok dia sakit camtu. Abah lak dalam tenat camtu terus menyebut nama Allah dan Lailahaillallah dengan bantuan sepupu aku tanpa henti-henti.

Kul 4.00 petang, tiba2 abah cakap dia nak bangun duduk. Adik beradik dia terus angkat bagi duduk.. Tiba2 abah kena strok, topeng oksigen pulak tak smpi nak bagi pakai.. mata abah dah terbalik ke atas. Oksigen dalam darah terus menurun... gerak jantung pun dah makin perlahan. Sepupu aku seorang tahfiz terus mengajar abah mengucap.

Dalam 4.12 petang, abah dah kembali ke rahmatullah dengan tangan kanan pegang tangan mak dia, tangan kiri pegang mama. kami adik beradik semua pegang kaki abah. Sebaik nafas abah terhenti, kilat guruh terus berbunyi, hujan pun turun.

Proses membawa jenazah abah balik berjalan lancar walaupun hujan lebat. Mama mengambil keputusan tidak kebumi malam yang sama sebab hari hujan. Jadi malam tu kami semua mengaji terus-terusan untuk abah terutama adik aku awin.

Kul 10.30 pagi, jenazah abah dah siap dikafankan dan dibawa ke kubur. aku tengok semua proses masuk ke liang lahad. Masa ni aku menangis mmg teruk giler sebab aku tau inilah kali terakhir aku dapat tengok abah.

Semoga roh abah dicucuri rahmat Allah. Dilepaskan dari seksa kubur, Dilapangkan kubur dan Diterangkan kubur.

Al fatihah.......

effa doakan semoga roh atuk khaleef dicucuri rahmat dan ditempatkan org2 yang beriman...semoga mama khaleef sabar...Allah lebih menyayangi atuk khaleef...effa pernah rasa kehilangan org yang tersayang..ibu effa sendiri...hanya tuhan saja yang tahu....tapi kita terpaksa merelakan pemergiaannya...kerana Allah lebih menyayanginya.. Tue 12-Jun-2007 05:13
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Takziah zell...semoga tabah hadapi hari2 mendatang...Sepupu aku pun baru kehilangan ayah dia smlm..dpt panggilan telefon dari abah aku pn terus balik...yg sedihnya sbb aku baru jer melawat pak sedara aku tu kat spital..ingat ptg smlm nak pi tgk lagi..tapi dia dah meninggal Kul 11 pg smlm..masa melawat hubby aku siap mintak tukar wad utk arwah tapi x dpt..last2 anak pi mintak tukar tapi kena bayarlah baru dpt..tapi sayangnya mmg dah sampai seru arwah hanya dpt tdo semalaman shj......Bila baca kisah arwah atok khaleef ni lagilah aku sedih...Zell....aku tumpang sedih dgn apa yg dah berlaku pada arwah ayah ko zell.... ..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tmpt org2 yg soleh... Tue 12-Jun-2007 09:02
Posted by:Mummy Nazhan&Darwish.... lee_tzar@yahoo.com
Zel..takziah. aku baru baca psl ayah ko dah meninggal. tetiba aku rasa sedih pg2 jumaat ni. t'igt ayah aku yg lately sakit2..rasa takut kehilangan. Apapun..aku doakan ko + family ko tabah ye.. Fri 22-Jun-2007 03:13
Posted by:warsu
Add comment


Wednesday, 23-May-2007 04:26 Email | Share | | Bookmark
KHALEEF DAH 9 BULAN



Kejap je rasa... trauma sakit beranak hari tu pun teringat2 lagi.. anak mummy dah 9 bulan

SKILL BARU
~ pandai turun buai sendiri... 1st time cuba terlentang atas lantai... pastu dah terer, dia turun kaki dulu...pastu lepaskan badan..tgn pegang kain buai.. pastu duduk baru kuarkan tangan
~ new word after EMAK...APPA... skang dah ada BYE
~ sangat pandai memanjat.. wpun umah den takde perabot.. tapi ada jelah tempat dia nak panjat. paling suka panjat grill smbl menjilat grill itu..
~ pandai CIUM... waaaa hat ni aku suka.. tapi kena cium dia dulu.. baru dia cium kita balik. Pastu tak leh lama2.. kalau lama, abih satu muka kena jilat.
~ sangat memilih org2 yang boleh sentuh dia.. can see but can't hold
~ Kenal bunyi motor papa... dengar je dalam 50 meter lagi nak smpi.. dia dah ready depan pintu
~ Dah faham kalau mummy marah.. KHALEEF !!!! smbl aku angkat tangan.. dia tau laaa mummy dia dah naik hangin singa laut



salam..
hohoho..finally aku t'nampak fotopages anak ko ni..
sihatnya anak ko zel..cam nak cubit pipi dia tu.
dah besr jugak ye..ank aku pun dah 1 thn 3 bulan.
aku rasa mcm x cukup tangan jer skg..
apapun..happy selalu..
Fri 1-Jun-2007 08:39
Posted by:warsu  - [Link]
Add comment


Tuesday, 22-May-2007 04:10 Email | Share | | Bookmark
gigi yayep yang kedua....

 
 
 
View all 4 photos...
gigi kedua pun tumbuh serong jugak




comelnya khaleef senyum..... Wed 23-May-2007 05:33
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
Add comment


Monday, 7-May-2007 04:19 Email | Share | | Bookmark
Yayep Tojen Pekan

 
 
 
View all 6 photos...
merangkak ke salon....
beberapa saat sebelum potong rambut.. kat belakang papa tgh get ready...

Papa tengah merodok rambut Yayep.... masih OK mengikut arahan
Mula boring... mummy bagi senduk ngn baldi suh ketuk
Si Pekan Batu Belah Batu Bertangkup
Tojen kecik ngn kereta dia..
Upah g KFC sbb berkelakuan baik


LU ORANG APA HAL GELAK2 KAN GUA !!!!!!! KIRA ENCEM LAAAA RAMBUT SI PEKAN TOJEN NI TAU.. TU NASIB BAIK PAKAI KAMERA HP BARU MUMMY.. KALAU TAK, NMPK LER TUBIK2 KAT RAMBUT WAAAAAAAA

sedapnya khaleef minum susu..... sembur air liur kat siapa tu....lepas ini gugurlah rambut mummy Mon 7-May-2007 09:55
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
rambut mak dia pun tak lama lagi botak laaa cam yayep gak Wed 9-May-2007 01:59
Posted by:unnamed
tensionnyer dia nk kena potong rmbut ..tp nmpk brutal je lps potong rmbut ... ...nak jdi mnantu untie ker?hehe...boleh2 Mon 2-Jul-2007 03:03
Posted by:mama_deeni sitie2301@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 4-May-2007 03:23 Email | Share | | Bookmark
Khaleef dah tumbuh gigi

 
 
 
View all 4 photos...
exceli.. gigi khaleef ni kali pertama muncul pada 28 April 2007.. tapi mummy dia takde masa nak update fotopages..

Hari pertama gigi Yayep muncul... serong dan hanya tumbuh sebatang...

gambor semalam.. gigi dah panjang & masih lagi sebatang...

Care to comment?


Monday, 23-Apr-2007 06:26 Email | Share | | Bookmark
Khaleef dah 8 bulan


SKILL BARU

~ dah pandai merangkak dengan lajunya... cam kombat !! mummy ngn papa lak pening kepala... kalau kat umah, lansung tak dapat rehat... asyik merayau je khaleef ni..
~ gusi keras dah muncul 2 kat bhgn bawah..cuma gigi tak muncul2
~ pandai menjawab booo beeee buuuuu bbbuuulluuppp bbbeeerrrr kalau mummy marah
~ dah pandai minum dari cawan & straw
~ dalam kereta kalau mummy nyanyi lagi i love u... u love me...we are happy family.. leh laaa tgk khaleef goyang kaki & tangan terangkat2.. cam pemimpin okestra laa pulak
~ dah pandai tgk TV... CERIA
~ makin suka isap bucu bantal.. pandai lak tu.. bila 4 bucu bantal dah basah.. reti lak cari bantal yang lain

Hi Baby Khaleef dah lapan bulan dah ye...sama la ngan baby auntie.. Baby auntie Adam namanye pun sama gak cam Khaleef, gusi dah terbit tapi gigi still terbenam lagik...ahakss.... Wed 25-Apr-2007 13:08
Posted by:sabrina anirbasharon@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.