Want your
own Fotopage?








 
muhammad khaleef aisy's FotoPage

By: mummy and papa khaleef

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 9-May-2009 05:54 Email | Share | | Bookmark
Khaleef Wat Nebulizer

Hari tu mummy tak percaya bila Dr kata Khaleef ada asthma
Tapi makin hari.. makin hari.. keadaan Khaleef makin membimbangkan.
Hari ini mummy terpaksa menerima hakikat yang anak bujang mummy ni mmg asthma

Kul 3 ptg tadi, mummy call wan tanya Khaleef camne
Dia kata agak teruk..
Adoyaiii...
Mengkelibut laa mummy g tgk Khaleef
smpi je.. belum sempat masuk umah...
Khaleef bantai muntah depan pintu..
Berketul2 kahak keluar

Terus bawak ke Bakti Aminin Medical Center

Dr cek, terus cakap.. ni agak teruk jugak asthma nyer
Terus dia suh wat nebulizer


Cool je dia kali pertama wat benda ni
Yang dia dok ulang2 cakap
"AMMI... PUDAS"
Dia bgtau, Pedas !! aku tak tau ler apa yg pedas tu
Maybe sejuk berangin tu kot dia maksudkan


Yang ni lak belah malam
Papa dia dah ada.. balik straight from Mambang to BAMC
Mummy lak g tumpang Mak Su
Kitaorg dah ala2 rombongan Cik Kiah nak jmp Dr Rokiah
Ibu & Ayah (parent Sara), Acu, Nenek & sara
Penuh hokay.. cam nak wat major operation je

Si Khaleef lak wat hal
Tolak je pintu bilik nebulizer tu..
Terus dia lari keluar smbl menjerit
"TIDAK!!! TIDAK!!! TIDAK!!!!"
Satu hal lak berkepung2 kami dalam klinik tu nak tangkap budak kenit ni.
Pdhal masa siang tadi cool je dia
Malam lak takut...
Maybe sbb ada Papa, tu yang manja naik 50% tu


Ni budak nyer..
dah kul 1.08 pagi, relax lagi tgk TV
Ubat smpi 6 jenis
Igtkan, cepat ler pengsan tido malam nih
Kebal sungguh dia ni dengan ubat

Apapun, semua doakan semoga Khaleef cepat sembuh.

macam tak percaya jer khaleef ada asthma... Pak Ngah tengok, pernafasan dia OK jer... kan khaleef nie aktif... Aisar pun last time pekena benda tu jugak... doc bagi ubat asthma... balik rumah, aisar terus muntah... keluar laa benda2 yang menyekat pernafasan dia tuh... tapi ubat asthma... kami tak bagi... apa2 insyaallah, khaleef nie cepat sihat... dia kan hero rempit... Mon 11-May-2009 02:53
Posted by:Pak Ngah iznihafiz@tm.com.my
Add comment


Tuesday, 28-Apr-2009 15:43 Email | Share | | Bookmark
Khaleef Wif His Cloth Diaper.. AWAS, 18SX

Hehehe.. pantang orang ader...
Mesti mami khaleef pun takmo ketinggalan..
Patut nyer, umur2 Khaleef ni dah toilet train
Tapi... dia ni tak pandai cakap... berjalan cepat..
Cakap lambat ya rabbi
Kena laa tunda dulu...



Budak ni kalau nak ajak mandi punya laa susah
Cam-cam alasan
Tapi dah mandi.. nak kuar bilik air pulak susah



Red in color..
Kalau ikut hati mummy dia ni.. nak PINK taw




Ni tengah perasan konon2 dia ahli gusti dalam WWE
Mesti dia igt mummy pakaikan spender gusti
Ye-ye dia ajak mummy bergusti

Keputusan nyer.. wpun agak2 muat je..
Tapi beli jugak..
Sebab.. AKU NAK JUGAK !!!


DAPATKAN CD ANDA DI
http://nieza-online-shop.blogspot.com/





Care to comment?


Wednesday, 15-Apr-2009 23:49 Email | Share | | Bookmark
Khaleef Is Demam

 


Khaleef dah demam + batuk + selsema selama seminggu
Tapi takde laa teruk sangat
Cuma batuk berkahak

Semlm p klinik lain pulak
Sekali Dr tu kata Khaleef kena lelah
Tu sbb kepala dia cam berpeluh2 & basah

Tak mungkin....
Khaleef sentiasa berpeluh dan basah adalah kerana
Hobi dia ialah berlari !!!! sblm ke klinik, mami singgah restoran
Dan dia berlari sana sini dalam kedai tu
Kalau diukur dengan tape agak nyer... mau 5km sehari budak ni berlari

Pastu Dr kata dia akan selalu penat2
Setakat ni dia tak pernah lagi tercungap2

Dr bagi jugak ubat lelah
Tapi mami dia tak bagi Khaleef makan
Sebab....
Dia mmg takde lelah

Mami tak percaya Dr itu ?
Ye.. mami tak percaya dan hari ini Khaleef akan ke klinik lain pulak

Kenapa tak percaya?
Dulu pernah.. Khaleef terkena sakit kaki tangan dan mulut
Dr yang sama cakap lepuh2 tu sebab kena gigit binatang
Pastu dia telah kasi ubat yang salah
Membuatkan Khaleef mengalami kesakitan yg sangat2 bila ubat yg salah disapu pada lepuh2 kat badan dia.. Mami terpaksa mandikan Khaleef jam 3 pagi !!!

Kenapa pergi jugak?
Sbb itu klinik panel & FOC
Tujuan mami nak ambik ubat je sbnr nyer



Khaleef tak sihat yer....aunty doa semoga khaleef cepat sihat yer Thu 16-Apr-2009 01:23
Posted by:~2Erina~ effara@digi.com.my  - [Link]
betul tu... pergi check kat klinik lain pulak... Aisar pun sama macam khalef... Ada ke patut Doc kata Aisar ada lelah... pada hal dia selsema ngan batuk... last time check siap doc bagi ubat sedut... papa ngan mama terpaksa rela kan sebab nak buangkan kahak nya... tapi ubat lelah... kami tak bagi...

lepas tu DOC boleh siap kata tumbesaran Aisar tak padan dengan umur... ye laaa anak pak ngah kan comel...
janji dia tak sakit... sentiasa aktif dan happy.... selebihnya kami berserah kepada NYA...
Thu 16-Apr-2009 02:56
Posted by:Pak Ngah iznihafiz@tm.com.my
Add comment


Tuesday, 24-Mar-2009 14:07 Email | Share | | Bookmark
HoBi KhAleeF





Selain dari tgk TV, Khaleef adalah sangat obses dengan mainan yang memerlukan track dan dibina sebelum boleh dimain. Dia ada collection Hotwheel 8 set. Dari basic track smpi laa track yang kompleks2. Tapi selalu nyer kalau dia nak main hotwheel kena di bawah pengawasan papa dia sebab nyer Khaleef ni suka baran ngn toys dia. Kena kalau ada satu benda dia nak buat tu tak dapat buat.. siap la kena baling sumer ke dinding. Pastu.. siap la pulak mummy dia naik antu !!

Skang pun kalau p Tesco, smpi tmpt mainan.. dia akan tunjuk mana2 building set yang dia takde lagi. Mummy akan belikan kalau harga nyer tidak melebihi RM40.00. Tapi, time memasang menan dia ni, semua benda akan digamkan guna super glue yg cam air tu.. supaya dia tak leh bukak dah pastu. Kalau tidak mmg menyakitkan hati.. tak smpi beberapa hari abih sumer part2 tu hilang camtu je.

Khaleef ni kalau dah main, mmg leka sangat2. Dia tahan main satu benda tu smpi 30 minit. Satu kelebihan Khaleef bila di rumah iaitu dia adalah sangat pandai bawa diri dan melayan diri sendiri.. So, mummy dia leh la relax sket kan. I like taw !!!

Cuma.. bila bawak keluar. Mmg sangat susah untuk dikawal. Klu kat rumah, mmg dia layan TV and toys dia je. Benda lain tak kisah.. mummy dia nak bertenet smpi modem meletup pun dia wat dek je.

Apa-apa pun.. Khaleef laa sorang buah hati pengarang jantung mummy ngn papa. Takde Khaleef... mesti hidup mummy boring & bosan sangat-sangat. Kena lak papa Khaleef skang tak tinggal lagi ngn kami. Lagi laa boring.

hahahaha... that my boy... like his father la... Wed 25-Mar-2009 03:07
Posted by:Pak Nga iznihafiz@tm.com.my
Add comment


Monday, 2-Mar-2009 13:18 Email | Share | | Bookmark
GENG - Pengembaraan Bermula

Akhirnya dapat jugak bawak hero kecik tu tengok citer Upin ngn Ipin idola dia tu... Mula-mula papa cam malas je. Yelah sbb dah sedia maklum ngn perangai si kenit ni. Takut dia wat hal dalam panggung.. Suprisingly !!!! dia lansung tak wat hal dalam cinema and 100% focus pada cerita tu.

Yang hazab sket, sebelum masuk wayang.. kitaorg smpi dalam pukul 2.15 ptg camtu & wayang mula 3.20 ptg. Time ni mmg dia lanyak mummy ngn papa dia cukup2. Segala skill nakal dia hape sumer dia kuarkan. Ntah bape das kena kat Jusco tu. Wpun ramai orang, tapi suara dia je dengar. Sampai mummy ngn papa dia takde mood nak makan sblm tgk wayang dan hampir2 saja papa dah nak ajak balik tanpa tgk wayang.








dah lama aunty tak msk fp khaleef...terkejut tgk khaleef dah besar makin comel....
wahhhhhhhhh..sonoknya khaleef gi tgk wayang upin & ipin..kanak2 mmg suka sgt termasuk mak bapa..aunty blm bawa lagi balqis gi tgk wayang....ada juga dia sebut..tapi cuma bawa gi restoran geng upin & ipin aje....
Wed 4-Mar-2009 06:16
Posted by:2Erina effara@digi.com.my  - [Link]
aku pon aritu bwk dania n raisha g tgk.. selambe bwk baby masuk.. si raisha memula tido bile bangun, dia plak sebok buat ulasan psl GENG tu... huhuu Sat 6-Jun-2009 02:12
Posted by:@tis aties_1899@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 15-Feb-2009 11:14 Email | Share | | Bookmark
Kg Lambak Top Model







Mamat ni skang, kalau nak bergambar.. kena tunggu dia pose dulu baru leh snap. Kalau tak kang dia marah.

Tu.. walau hidung berhingus.. posing....

hahahahahaha... nice poss Tue 17-Feb-2009 02:38
Posted by:Pak Ngah iznihafiz@tm.com.my
Add comment


Sunday, 15-Feb-2009 10:51 Email | Share | | Bookmark
On d way To Mambang

Sejak papa pindah Mambang, Khaleef ngn mummy selalu gak ke sana lawat papa. Leh dikatakan selang minggu g sana. Bukan apa, sian pada papa duduk sorang. Hehehe ye ke papa sunyi.. ntah2 papa suka tak. Maklum laa takde mummy suka bising2 and takde khaleef yang suka sangat mengacau & buat sepah.

Selalunya kitaorg g naik keretapi. Ada sekali tu beli Kelas Ekonomi.. sangat tak selesa & sempit. Kalau travel sorang2 tak bawak anak sesuai laa.. Tapi sebab ada Khaleef agak kurang sesuai.

Selepas tu mmg kami naik 2nd class. Add RM7 je untuk 2 sit. kalau Economy Class RM10 utk ibu dan anak. kalau 2nd Class RM17.


2nd class ni selalu takde orang.. so dapat laa kami duduk the whole seat sorang2. Lagi yang bestnya.. ada TV. So, Khaleef boleh laa agak leka sekejap.


hensem laaa kononnnnnnnn

Ni lak, pernah sekali time nak raya cina.. kitaorg travel naik Bas Azra. Uwaaaa... kalau tak pasal tiket keretapi abih mmg tak pilih naik bas. Mummy ni ala2 fobia ngn bas. Tapi, Khaleef ni pulak sangat suka bas


classic kan... ngn kukin dia tak lepas


Posing dalam bas lak.

Care to comment?


Saturday, 24-Jan-2009 14:18 Email | Share | | Bookmark
KhALeeF daH 2 Tahun 5 Bulan



Lama giler aku tak hapdet pasal perkembangan fizikal, mental dan kelakuan anak bujang aku sorang ni. Tup-tup dia dah nak masuk 3 tahun u olssssss... patut dah tu klu nak dapat adik kan.. kan B kan...

~ Berat terkini dia adalah 13kg. Berat ini bersamaan masa dia umur 1 tahun lebey dulu. Paling berat pernah dicapai adalah 15kg. Lepas tu makin turun dan turun.

~ Tinggi lak lebih kurang 85cm. Agak tinggi gak si Khaleef ni.. Mgkn tak renek cam papa dia kot.

~ Sangat pandai berlakon.. kadang2 bila tgk dia berlakon jadi mat rempit ngn kuda roda dia tu, cam nak pecah perut gelak. Berlakon ala-ala mat despatch anta barang. Ambik toys, bawak naik kuda.. siap rem.. rem.. rem.. dah smpi kat meja makan, letak. Pastu ada laa dia cakap sorang2 yg dia je paham. Paling lawak, dia berlakon lupa tutup kunci motor.. dah jalan jauh, tiba2 patah balik kat kuda dia tu "YUPPA PLAK" (lupa pulak) smbl tgn konon2 matikan enjin moto.

~ skang ni boleh suruh dia ambik 3 benda sekaligus. Cth, "ambikkan mummy pampers, towel ngn suar". Tapi ada syaratnya.. ngko kena ulang sebanyak 7-8 kali. Sbb kali pertama sampai ketiga dia akan cakap "ANNTIIIIII" meaning NANTI. Pastu cakap lagi empat smpi enam kali "AYEEP JAP" meaning SEKEJAP.

~ Dia tau bila dia wat salah. Tak payah mummy nak jerit2, dia datang peluk kaki "MAMI SUUUYIIIIII" mintak sorry ler tu. Kalau ngn papa dia ada tambahan ayat lagi.."Papa Suyiiii... Angan Utan" Papa Sorry, Jangan Rotan . Padahal seumur hidup dia, rasanya baru 2 kali kot papa berkasar. Jangan dengan mami dia.. hari2 wajib kena punya

~ masih pelat tahap gaban..kalau dia cakap sepotong ayat, 2-3 perkataan pertama sahaja yang boleh difahami. Yang seterusnya... Wallahhualam.

~ Air liur masih meleleh.. dah cam2 usaha buat tapi lansung tak berhasil. Curi garam dah bape kedai dok curi.. bagi ayam makan roti... wat balik air soya yg kempunan tu.. sumer tak jalan. Kalau smpi 3 tahun tak benti gak, nak bawak speacialist.. mana tau dia ada masalah AIR LIUR DISORDER

~ Masih pakai diapers dan hisap pacifier. Frankly said, aku tak kisah pun. Walaupun ramai orang sibuk suh bentikan dia puting tu. Lagi meluat tengok kalau dok isap jari ngn tangan. Pastu mula laa air liur dia meleleh tahap dewa punya banyak. Kalau pakai pacifier... leh terima laa takat keliling kolar baju tu je basah.

~ Dah mereti SERIK. Kadang2 bila kesabaran mami dah abih.. siap laa budak Khaleef ni. Tapi selalunya selepas tu mmg dia serik laa. Paling dahsyat mami pernah buat ialah menarik kedua-dua belah telinga mamat ni dan masukkan dia dalam bilik air gelap. Atas alasan dia telah MENYEPAK KEPALA mami yang sedang baca buku. Ni cerita 3 bulan yang lalu dan dia masih serik smpi skang nak sepak2 kecuali time main bola.

~ Kiraan - makin lama makin teruk. Dulu-dulu ada gak Satu..Tiga...Pat.. Yima... Nam... Milan.. Moloh.
Skang ni tinggal... SATU... LIMA... MILAN... SATU... LIMA... MILAN

~ Dia suka nyanyi lagu Ba Ba Black Sheep & Bangun Pagi Gosok Gigi

~ Kartun kegemaran - Little Einstein.. Tepuk.. Tepuk.. Tepuk... LANCARKAN !!!!! selalunya Khaleef akan mula tgk PDC pada pukul 7.00 malam. Start ngn Pocoyo... World World... Dibo.. Mickey Mouse.. Little Einstein... Handy Manny.. Pastu kul 10-11 stop kejap mami nak tgk citer lain smpi abih sinetron Intan.. Then kul 12.00 am smbg tgk Elmo's World dan diakhiri dengan Barney pada pukul 1.00 pagi. Pastu baru leh tido.

~ Sangat-sangat manja ngn mummy.. harus laa tukan. Dah papa dia dok jauh. Tapi seboleh mungkin aku akan sekerap yang dapat bawa Khaleef gi jumpa papa dia. Takpe laa berkorban tiap2 mgu naik keretapi.. naik bas.. asalkan Khaleef dapat spend more time ngn Papa dia. Setakat ni ada perubahan sejak 4 minggu berturut ni aku ke Mambang. Dia jadi lebih baik dan kurang cari pasal.

Apa-apa pun, mummy sangat berharap tahun depan 2010 Khaleef dah ready untuk ke sekolah. Dah laa dok sini tak bercampur gaul ngn sapa2 terperap je dalam umah. Harap2 dengan bersekolah awal dia boleh laa bersosial campur ngn orang ramai dan tak laa bersikap SANGAT SELFISH seperti sekarang.Amiiiinnnnnn

zel, handsomeeenyaaaa ayeepppppp.....macam budak besar dah Wed 28-Jan-2009 10:04
Posted by:Aunty Amiizaa abu_grey@yahoo.com  - [Link]
Mija.. ayeep ngn ali leh geng masuk sekolah bola.. ni pun gila sepak bola jugak. Thu 29-Jan-2009 12:41
Posted by:ZEL
Add comment


Monday, 12-Jan-2009 13:30 Email | Share | | Bookmark
Happy Besday Lala

 
 
 
View all 8 photos...

Lala is the girl in white dress. Actually dia ni my cousin.. kira pangkat makcik laa pada Sara & Khaleef. Dia ni baya Sara.. cuma dia lahir awal tahun. Tapi nmpk beza kematangankan atr dia ngn Sara.


MOTIF !!! budak 2 orang ni mmg kaki interframe. Dah laa kami dapat jemputan ala2 jemputan bidan terjun gittew.. kalau tak pasal aku p anto gelas, takde pasal depa nak jemput kami mai. Maklum laa kami ni kan ala2 family yang dilupakan.


Eeee malunya... dalam banyak2 budak kat situ awat laa anak aku yg cam tak pernah jumpa kek ni. Padahal time besday dia ntah bape2 kali potong kek sana sini.

aiiii.... banyak nya kek... mmm... bukan ke birthday Khalef on August... Tue 13-Jan-2009 03:36
Posted by:Pak Ngah iznihafiz@tm.com.my  - [Link]
2 budak ni interprame je... Tue 13-Jan-2009 15:11
Posted by:ZEL
Add comment


Sunday, 28-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Wedding @ Kg Lambak Tg Malim

Gambor tak banyak sbb yelah.. takkan laa aku lak nak sibuk sakan usung kamera ke hulu ke hilir sedangkan orang sumer tak cukup tangan nak wat keje. Aku banyak snap picture anak aku je.. Lagipun depa ada cameraman sndr.. tgu jelah cd dari cameraman.


pengantin


laki aku menten jadi pengepit


Pengantin tengah berpeluh ketiak.. ada 3 persembahan silat wooooo... asalnya kat belakang tu ada pengiring dalam 10-15 orang. Pasal persembahan silatnya lama sangat, sumer lari berlindung kat pokok-pokok. Pengantin termasuk laki aku terpaksa laa merah padam muka tahan panas. Dah ler matahari kuat gile time tu


Anak aku mmg berpanas sakan time ni... Petang tu cek dah 39 darjah celcius.. demam ler tuh. Layan 3 hari gak demam.

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.